Pages

Monday 6 August 2012

apa itu ukur bahan : quantity seveying?

assalamualaikum...

A : Elyn, dekat POLI ambil kursus apa?
B : Ukur Bahan.
A : Ouh.
B : Nasib baik tahu ape tu Ukur Bahan *dalam hati*
A : Nanti senang la nak kahwin, dah pandai gubah bunga semua.
B : Eh! Tak! Tak! Bukan guBAHAN, tapi ukur BAHAN
A : Ukur Bahan? Ape tu?
B : Quantity Surveying.
A : Ha? *Lagilah tak faham*

Mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu Quantity Surveying ataupun Ukur Bahan kerana populariti Arkitek atau Jurutera dilihat lebih menyerlah berbanding dengan Juruukur Bahan yang kurang menonjol. Kalau korang cakap Engineer ke, Arkitek ke, mesti dorang faham kan? Walaupun kurang menonjol, tetapi juruukur bahan berperanan penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Juruukur Bahan banyak terbabit secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan bermula dari awal sehingga peringkat penyelesaian akaun muktamad. Kiranya, boleh dikategorikan sebagai Akauntan lah, tetapi Akauntan bangunan. #lebihkurang

Tapi, ramai juga yang tahu apa itu Quantity Surveying. Cakap je QS. Dorang akan balas, Ouh..Quantity Surveying.

Susah ke kursus Quantity Surveying?
Okay, nak kata susah, takde lah sangat. Nak kata senang pun takboleh jugak sebab kadang kadang susah jugak. Bagi aku, senang 45%, susah 55% #rasanya .  ramai yg ckp kalau dulu bukan budak teknik jngn harap la nk berjaya dalam cos ni. aku dengan kawan-kawan , ada je yang dari bidang lain sambung Quantity Surveying. Rileks je. insyaallah , Boleh je score. Ramai jugak kawan kawan aku, Quantity Surveying ni bukan kursus pilihan pertama atau kedua dorang masa isi UPU. Boleh je dorang survive sampai sekarang. Means, takde la susah mana kan?

Cara Pembelajaran? Okay?
So far, okay je. Tapi seriously cara pembelajaran diploma dan dengan sekolah menengah lain. sekolah menengah, cikgu akan bagi sebanyak mana notes kat korang. Tapi diploma, korang kena survive sendiri cari notes. Kena ringan mulut la minta notes kat lecturer. Kalau exam pula, untuk diploma ni, korang punya explaination tu mesti nak kena lebih. Assignment pula, banyak yang berkumpulan. So, korang takpayah risau. Cuma kena pandai pilih team. Jangan terpilih yang "sleeping partner" sudahlah. Dah terlibat dalam bidang pembinaan, assignment yang memerlukan korang pergi site visit tu memang ada. Kenalah tahan panas sikit. kiki. Ouh ya, ada juga lecturer yang menggalakkan student memakai Microsoft Excel. Macam lecturer aku, dia suruh kitorang take off pakai Microsoft Excel. Nak kerja nanti senang.

Pelan pengajian bagi kursus Quantity Surveying, macam mana pula?
Pelan pengajian? Ouh, kalau nak ikutkan Sebab ada certain subjek yang memang kita belajar setiap semester. Contoh, Measurement of Construction Works dan Construction Technology. Memang setiap semester korang akan menghadap dua subjek ni. Kira subjek core la. Lagi lagi Measurement, memang kena score sebab ianya 4 jam kredit. Kalau tak dapat score, memang effect result kita.

Building Work Measument
Korang akan belajar macam mana nak take off *total up* berapa banyak bahan nak kena guna dan berapa pula harga untuk bahan yang akan digunakan. It just a simple calculation. Tambah tolak darab bahagi. Serious aku taktipu. Cuma korang kena pandai baca drawing la. :)

Construction Technology
Ianya subjek yang akan memperkenalkan korang dengan struktur pembinaan dan yang berkaitan dengan pembinaan. Contohnya, pintu, tingkap, bumbung, column, beam dan pembinaan IBS yang semakin banyak digunakan di Malaysia (pembinaan siap dan pasang) dan sebagainya. Korang belajar, korang akan tahu.

Computer Apllication
Subjek ni pula, tentu ramai yang suka . mana tak nya, kita dapat belajar segalanya psal computer. waaaa..

Mathematics
 Macam biasa la, kita duduk kat Malaysia mesti ada math.Kalau korang nak tahu, individu terawal yang akan tahu harga/nilai sesebuah bangunan itu adalah Quantity Surveyor, sebab Quantity Surveyor bertanggungjawab untuk menyediakan kajian sama ada projek itu mampu memberi keuntungan atau sebaliknya. Dalam bidang pembinaan pun ada math tersendiri. Hendak tak hendak, kena belajar.

Sains Kejuruteraan
Subjek ni penting. Yela, bakal Quantity Surveyor mesti la kena tahu sgalanya tentang sains, kalau tak macam mana nak tahu baca ruler segalakan. subjek ni terjerumus ke arah fizik. nasib baik masa spm dulu aku ambil fizik. wah bangga . walaupun risult ke laut.


Sebenarnya ada lagi. Tapi apa yang aku terangkan tu dah cukup membantu rasanya. #yeke? 

credit to , Ukur Bahan

psst : Maaf entri kali terlampau panjang. hee :)

No comments:

Post a Comment